Search
Close this search box.
Pemandu Lori Ditahan Bersama 1,505 KG Daun Ketum Bernilai Lebih RM45,000

Pemandu Lori Ditahan Bersama 1,505 KG Daun Ketum Bernilai Lebih RM45,000

ByBernama

BENTONG, 21 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang pemandu lori di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bentong di sini semalam, dan merampas pelbagai bungkusan disyaki mengandungi daun ketum seberat 1,505 kilogram (kg), yang dianggarkan bernilai lebih RM45,000.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika melalui SJR berkenaan sekitar 8.30 pagi, lelaki tempatan itu menunjukkan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebelum anggota polis membuat pemeriksaan lanjut ke atas lori yang dipandunya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pihaknya telah menemukan pelbagai bungkusan antaranya 17 guni besar berwarna biru, 243 plastik berwarna kuning dan 25 kotak pelbagai saiz, yang kesemuanya mengandungi daun ketum.

“Suspek kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan dan mendakwa tidak membawa sebarang muatan dalam lori berkenaan, sebelum pemeriksaan dijalankan dan menemukan daun ketum dengan bilangan yang banyak.

“Ini adalah rampasan daun ketum terbesar di Pahang bagi tahun ini, dengan siasatan awal mendapati bekalan daun ketum itu diperolehi daripada sebuah negeri di utara tanah air untuk dihantar ke sebuah lokasi di Kuantan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dikatakan telah menerima wang pendahuluan sebagai upah sebanyak RM1,500 manakala jumlah yang sama akan dibayar, sekiranya kesemua daun berkenaan selesai dihantar ke Kuantan sebelum dia akan dihubungi oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Sham’.

“Kita percaya individu yang dipanggil Sham dan berumur lingkungan 20-an ini merupakan dalang utama dan dipercayai masih berada sekitar Lembah Klang. Usaha mengesan lelaki ini masih diteruskan,” katanya.

Zaiham berkata daun ketum itu juga berkemungkinan akan diedarkan kepada beberapa ejen, berikutan di bungkusan yang ditemui turut tertera beberapa nama individu dan harga pasaran kini daun berkenaan kira-kira RM30 bagi satu kilogram.

Beliau berkata, daun ketum seberat 1,505 kg itu dapat menghasilkan lebih 30,000 bungkus air ketum. 

Katanya, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,900 dan sebuah lori jenis Daihatsu Delta, manakala suspek yang mempunyai lima kesalahan lampau berkaitan kes dadah itu, direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan