Search
Close this search box.

Petugas Kesihatan Harap Vaksin Satu Dos Dipercepatkan

ByOdleen Catherny

BAU: Para petugas kesihatan mengharapkan vaksin satu dos dibawa masuk dengan segera ke negeri ini bagi mempercepatkan proses vaksinasi lebih-lebih lagi bagi Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Daerah Bau.

Menurut Pegawai Perubatan, Dr Gerald Sim Lai Meng, vaksin seperti itu dapat menjimatkan masa pihak petugas kesihatan melaksanakan proses vaksinasi dari rumah ke rumah.

Beliau yang juga merupakan Pengurus Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Akademi Bomba Bau berkata Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Daerah Bau telah giat dilaksanakan sejak 17 Jun yang lalu.

“Sekarang yang sudah selesai diberi suntikan dari rumah ke rumah adalah untuk dos pertama sahaja.

“Melalui Program Outreach ini, kami menyasarkan untuk menyuntik vaksin kepada sekurang-kurangnya 40 hingga 80 orang penerima yang merupakan individu yang lumpuh atau tidak mampu hadir ke PPV akibat masalah kesihatan fizikal,” katanya ketika ditemui TVS, pada Isnin.

Pegawai Perubatan, Dr Gerald Sim Lai Meng

Kata Dr Gerald lagi, antara vaksin yang diberikan di Daerah Bau adalah vaksin Pfizer-Biontech dan Sinovac.

Sementara itu, mengenai proses vaksinasi bagi penduduk dari Kampung Serikin yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pemberian dos pertama bagi penduduk di kawasan berkenaan ditangguhkan sehingga PKPD ditamatkan.

“Bagi mereka yang perlu disuntik untuk dos kedua vaksin pula, pihak kami sendiri akan datang ke Kampung Serikin untuk memberi suntikan, dengan syarat mereka bebas daripada jangkitan COVID-19,” ujarnya sambil menambah sukar untuk pihaknya menyatakan jumlah yang perlu divaksin untuk dos kedua di kampung berkenaan kerana ada antaranya telah disahkan positif COVID-19 dan telah dihantar ke pusat kuarantin.

Untuk rekod, seramai 47,826 penduduk di Daerah Bau telah mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak Februari lepas.

“Sebanyak 13,166 iaitu 27.5% telah selesai menerima dos pertama vaksin masing-masing manakala 4,224 iaitu 8.8% telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin masing-masing,” kata Dr Gerald yang juga bertugas sebagai Pegawai Menguasa Klinik Kesihatan Singai, Bau.

Bagi pembatalan janji temu vaksinasi di Daerah Bau pula katanya, kurang dari 1% rekod dicatatkan di mana pembatalan yang ada berlaku adalah disebabkan oleh masalah kesihatan penerima sendiri sahaja.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan program vaksinasi di Daerah Bau sama sekali tidak membenarkan sebarang ‘walk in’ untuk menerima vaksin dan hanya melalui temu janji sahaja.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan