Search
Close this search box.
Kesan Taufan Ida, Gabenor New York isytihar darurat
Abandoned cars are left on a flooded highway, as local media reported the remnants of Tropical Storm Ida bringing drenching rain and the threat of flash floods and tornadoes to parts of the northern mid-Atlantic, in the Queens borough of New York City, U.S., September 2, 2021. REUTERS/Brendan McDermid TPX IMAGES OF THE DAY

Kesan Taufan Ida, Gabenor New York isytihar darurat

New York: Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan keadaan darurat pada Rabu berikutan sembilan kematian yang dilaporkan oleh media ekoran Taufan Ida.

“Saya mengisytiharkan keadaan darurat bagi membantu penduduk New York yang terjejas alibat ribut pada malam ini,” kata Hochul menerusi ciapan Twitternya.

Datuk Bandar New York pula menggambarkan banjir yang melanda dengan cuaca buuk pada malam Rabu sebagai “peristiwa bersejarah”.

Perkhidmatan Kajicuaca Nasional mengumumkan darurat banjir kilat di New York City buat pertama kalinya.

Hampir kesemua laluan kereta bawah tanah di New York City disekat buat sementara waktu sejak Rabu lepas disebabkan oleh Taufan Ida.

Semua kenderaan tidak dibenarkan berada di atas jalan di New York City jika tiada keperluan sehingga jam 5.00 pagi pada Khamis lepas disebabkan oleh cuaca buruk, kata pihak berkuasa melalui laman Twitter.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan