Search
Close this search box.
Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman disyaki ditikam suaminya yang dijumpai sudah tidak bernyawa di kawasan flat kediaman mereka di Paya Trubong di sini hari ini.
GEORGE TOWN, 4 Feb -- Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman disyaki ditikam suaminya yang dijumpai sudah tidak bernyawa di kawasan flat kediaman mereka di Paya Trubong hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lelaki disyaki terjun flat selepas tikam isteri

ByBernama

GEORGE TOWN, 4 Feb : Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman disyaki ditikam suaminya yang dijumpai sudah tidak bernyawa di kawasan flat kediaman mereka di Paya Trubong di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut  Supt V Saravanan berkata polis pada mulanya menerima laporan berhubung mayat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemukan di kawasan flat itu pada 7.38 pagi hari ini dan siasatan mendapati mangsa terjun dari tingkat 12 flat itu.

“Pemeriksaan ke atas mayat lelaki itu tidak menemui sebarang unsur jenayah dan dia dipercayai mati disebabkan terjun dari kawasan rumahnya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Katanya polis kemudiannya menerima laporan daripada seorang wanita memaklumkan rumah anaknya berkunci dari dalam namun tiada sesiapa menyahut panggilannya ketika dia pergi ke situ kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis berikutan bimbang keselamatan anak perempuan dan menantunya sebelum polis ke rumah tersebut bagi membantu membuka kunci dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat mayat seorang wanita berlumuran darah ditemukan di atas katil dalam sebuah bilik di situ.

Saravanan berkata pemeriksaan ke atas mayat wanita berusia 46 tahun itu polis menemui dua kesan tikaman di leher dan peha mangsa serta sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam wanita berkenaan.

Siasatan mendapati mayat lelaki yang ditemukan di kawasan flat itu merupakan suami kepada wanita yang dijumpai mati itu dan polis percaya dia bertindak menikam isterinya sebelum  terjun dari perumahan mereka.

Pemeriksaan lanjut juga polis tidak menemui sebarang unsur jenayah termasuk tiada kesan pecah rumah di kediaman pasangan itu. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun namun semasa kejadian dia berada di rumah neneknya di Air Itam iaitu tidak jauh dari rumah mereka,” katanya.

Katanya siasatan awal polis percaya kejadian membabitkan pasangan suami isteri yang bekerja di kilang berasingan di Bayan Lepas, dekat sini itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mereka sebelum berlaku pertengkaran dan seterusnya suspek menikam mangsa.

Menurutnya mayat wanita itu dihantar ke HPP untuk dibedah siasat dan polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan