Search
Close this search box.

SUFC, Kuching City FC hantar wakil sertai eMFL

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 April : Sarawak United FC (SUFC) dan Kuching City FC mengesahkan penyertaan dalam kejohanan e-sukan unifi eMFL Liga Super 2022 anjuran Malaysian Football League (MFL) .

SUFC akan diwakili Bence Lim Boon Shin atau lebih dikenali sebagai Shige dan Syameer Amjad, sementara Kuching City FC pula mempertaruhkan Mohamad Afiq Aqmar dan Aidil Afiz.

Sumber: Facebook Kuching City FC
Sumber: Facebook Sarawak United FC

Keempat-empat mereka merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kancah arena e-sukan negara.

Hari ini, MFL mengumumkan kejohanan Liga Bola Sepak Elektronik, eMFL kembali membuka tirai buat tahun ketiga berturut-turut sejak diperkenalkan pada 2020.

Tahun ini, kejohanan berkenaan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM50,000 untuk dimenangi.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, beliau optimis eMFL bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam sukan elektronik sebaliknya ia mampu menjadi platform komersial yang cukup ideal.

“Saya berbangga kerana kejohanan eMFL kembali membuka tirai bagi mewarnai kancah sukan elektronik tempatan tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, penganjuran eMFL buat kali ketiga berturut-turut ini telah membuktikan potensi kejohanan liga bola sepak elektronik ini mampu lebih berkembang pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan