Search
Close this search box.

Akibat salah faham, lelaki cedera ‘dirotan’

KUCHING, 22 April : Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang individu lain sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku di lokasi kemalangan maut di Jalan Astana, Kuching Rabu lepas yang melibatkan sebuah lori dengan motosikal.

Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan maut di tempat kejadian.

Baca > > > Penunggang motosikal maut bertembung lori

Katanya, ketika kejadian, mangsa sedang memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal itu.

“Suspek yang berusia 42 tahun itu telah menyerang mangsa kerana beranggapan lelaki itu merupakan pemandu lori berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media.

Mangsa yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak dan suspek ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

“Polis menahan suspek di Kampung Astana Lot sekitar jam 11.30 tengah hari semalam.

“Turut dirampas ialah senjata yang digunakan iaitu sebatang rotan,” jelas Ahsmon.

Kes di siasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan