Search
Close this search box.
Pelancaran Forum Bersama Lagenda Badminton Negara di Miri semalam diharap dapat menjadi pemangkin untuk melahirkan atlet antarabangsa dalam sukan berkenaan. Foto TVS

Persatuan Badminton Miri mahu lahirkan jaguh badminton antarabangsa

MIRI, 21 Mei : Persatuan Badminton Miri (MBA) bertekad untuk mengasah bakat anak muda dalam sukan badminton di bandar raya ini dalam usaha melahirkan jaguh antarabangsa kelak.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, ketika terdapat enam pemain muda Sarawak sedang menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan beliau mahu jumlah itu terus meningkat pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Adam Yii berkata, menerusi penganjuran Forum Bersama Lagenda Badminton bermula semalam, ia diharap dapat menjadi pentas untuk pemain badminton di Miri mendapat pendedahan daripada lagenda negara.

“Saya amat menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menjalani latihan di ABM bagi melahirkan pelapis pemain badminton negara kelahiran Sarawak pada masa depan.

“Saya juga turut menyeru anak muda untuk mengambil peluang keemasan ini untuk belajar bersama pemain badminton legenda negara” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran forum itu di sini semalam.

Antara pemain badminton negara yang hadir termasuklah Datuk Razif Sidek, Koo Kean Keat dan pemain badminton wanita negara, Ho Yen Mei serta Chow Mei Kuan.

Sementara itu, beliau berkata MBA terbuka untuk menerima idea baharu dan menerapkan pelbagai corak permainan bagi memperbaiki mutu pemain tempatan.

“Forum ini akan mempunyai banyak pengisian untuk pemain muda menimba ilmu” katanya.

Sempena forum berkenaan, turut dilangsungkan pertandingan badminton di sebuah pusat membeli -belah di bandar raya ini yang merupakan pertandingan kali pertama dianjurkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan