Search
Close this search box.
Sebahagian daripada peserta yang menghadiri Perhimpunan Agung Ke-15 PBB di sini hari ini.Foto Bernama.

Keputusan 16 calon Ahli Majlis Tertinggi PBB Sayap Bumiputera diumum esok

KUCHING,18 Jun : Keputusan 16 calon yang akan mengisi senarai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera untuk sesi 2022 hingga 2025 akan diumumkan esok.

Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung Ke-15 PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, pengumuman akan dibuat pada pukul 8 pagi sebelum mesyuarat bermula.

Difahamkan seramai 22 calon yang bertanding untuk menduduki senarai berkenaan.

Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 PBB berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bermula semalam akan melabuhkan tirai esok.

Yang Dipertua PBB merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan menyampaikan ucapan penggulungan serta penangguhan perhimpunan esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan