Search
Close this search box.

Program Accelerate bantu tingkatkan ekonomi digital di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jun : Program Accelerate anjuran The Asia Foundation yang dilaksanakan oleh StartupMalaysia merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak dalam membangunkan agenda ekonomi digital di negeri ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr Sabariah Putit berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai visi yang luas dengan mewujudkan lebih banyak Pusat Digital Komuniti di Sarawak untuk mengembangkan sektor ekonomi berkenaan.

“Abang Johari sentiasa memastikan kemudahan di Pusat Digital Komuniti negeri ini lengkap.

“Beliau juga mengarahkan agar sebuah pusat utama Pusat Digital Komuniti dibangunkan bagi meningkatkan lagi tahap ketersambungan masyarakat di Sarawak,” katanya.

Dr Sabariah berkata demikian dalam sesi perkongsian kejayaan peserta dari Pusat Digital Komuniti di seluruh Sarawak melalui pautan aplikasi Zoom, semalam.

Selain itu, melalui penganjuran program tersebut juga adalah untuk membantu usahawan wanita di seluruh Malaysia bagi mengembangkan perniagaan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

“Program ini dapat memberi bantuan dan bimbingan yang diperlukan serta perkongsian daripada para pelatih untuk memastikan usahawan baharu sentiasa bergerak ke hadapan,” katanya.

Ia merupakan kerjasama di antara kerajaan negeri Sarawak, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Graduates Enhancement Training (GETS), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), PUSTAKA Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi (SCOPE) Sarawak sebagai Rakan Komuniti.

Untuk makluman, seramai 18 orang peserta telah menyertai sesi perkongsian kejayaan dan latihan bagi program tersebut telah dijalankan selama 48 hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan