Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan petugas media TVS bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Golden Beach, Taman Negara Simalaju hari ini menemui sebanyak 67 biji telur penyu agar.

Penyu agar bertelur di Golden Beach, Bintulu selepas 22 tahun

ByOdleen Catherny

BINTULU, 7 Julai : Lawatan petugas media termasuk TVS bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Golden Beach, Taman Negara Similajau di sini hari ini berjaya menemui sebanyak 67 biji telur penyu agar.

Pemangku Pengurus SFC Wilayah Bintulu, Nickson Joseph Robi berkata, penemuan berkenaan istimewa kerana kali terakhir penyu spesies itu bertelur di pantai berkenaan ialah kira – kira 22 tahun lalu.

Katanya, telur yang ditemui pada pukul 11.15 pagi tadi akan dibawa ke tempat penetasan penyu taman negara itu untuk proses pengeraman.

Sebanyak 67 biji telur penyu agar ditemui kira – kira pukul 11.15 pagi tadi.

“Proses berkenaan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan yang dijangka akan selesai pada September ini,” katanya di sini hari ini.

Sebelum penemuan telur berkenaan, rombongan SFC bersama media sempena Program D’Drift 2022 itu menemui kesan tapak kaki penyu dari arah laut ke pantai.

SFC kemudiannya meneruskan kerja mengesan sarang penyu ‘sebenar’ dengan membuat pemeriksaan pada pasir yang ‘disyaki’ sarang penyu.

Proses mengesan mengambil masa lama berikutan penyu agar membuat banyak sarang bagi mengelirukan pemangsa.

Selepas selesai, 65 biji telur yang ‘selamat’ dibawa untuk proses pengeraman manakala dua lagi pecah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan