Search
Close this search box.
Langkah itu akan mampu mempercepatkan nama industri perfileman negara diangkat ke pentas global. Foto: BERNAMA

Industri perfileman negara berpotensi besar, harus disemarakkan – Annuar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Industri perfileman negara mempunyai potensi yang besar dan harus disemarakkan melalui penerbitan filem secara kerjasama antara  pemain industri  tempatan  dengan penggiat industri antarabangsa yang lebih berpengalaman, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, langkah itu akan mampu mempercepatkan  nama industri perfileman negara diangkat ke pentas global.

“Kita tidak boleh berasa cukup dengan keadaan seperti biasa. Kita perlu terima hakikat dan realiti yang industri kreatif terutamanya perfileman mempunyai potensi yang sangat besar” katanya pada tayangan khas  filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” di sini, malam ini.

Menurut Annuar jalan cerita sesebuah filem juga harus memastikan ianya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat dalam memperluaskan pasaran filem itu.

“Kita satu Keluarga Malaysia. Besarkanlah pasaran bukan sahaja mengikut segmen kaum  supaya kita dapat pasaran yang lebih besar,” katanya.

Menurut Annuar , K-KOMM akan mengusahakan apa sahaja untuk memajukan industri perfileman negara termasuk melakukan beberapa perubahan dasar sekiranya diperlukan.

“Saya berharap Menteri Kewangan dalam belanjawan akan datang  ada beberapa pengumuman tertentu untuk dijadikan pemangkin atau ‘catalyst’ kepada industri perfileman dan industri kreatif,” katanya.

Mengenai tayangan hari ini, Annuar berkata filem berkenaan adalah unik kerana penonton berpeluang menyaksikan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia dan berjaya melahirkan semangat patriotisme secara kreatif.

“Dalam filem, selain daripada hiburan, yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan