Search
Close this search box.
Perkara ini telah dibincangkan dalam MKMA63, untuk menaik taraf 227 klinik di seluruh Sarawak, yang semestinya harus ditingkatkan, kata Abang Johari.

Kemudahan di 227 klinik di Sarawak akan dinaik taraf

ByAkma Salleh

SRI AMAN, 10 Sept: Sebanyak 227 klinik di seluruh Sarawak akan dinaik taraf dan ditingkatkan kemudahannya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 baru-baru ini.

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan meningkatkan lagi kemudahan kesihatan.

227 klinik di Sarawak akan dinaik taraf

“Perkara ini telah dibincangkan dalam MKMA63, di mana kami telah membincangkan untuk menaik taraf 227 klinik di seluruh Sarawak, dan ini semestinya harus ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Benak 2022 di sini hari ini.

Turut hadir pada pesta itu adalah dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, dan ahli kenamaan lain.

Sehubungan itu, Abang Johari juga memberitahu bahawa projek Jambatan Batang Lupar II akan diteruskan.

Jambatan ini nanti dijangka akan memendekkan lagi masa perjalanan.

“Kita akan buat Jambatan Batang Lupar yang kedua.

“Jambatan ini akan menyambungkan Sri Aman terus ke ‘trunk road’ (jalan utama) hingga ke ‘coastal road’ (jalan pesisir pantai) hingga ke Betong,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan