Search
Close this search box.
Sebahagian dadah yang dirampas oleh Polis Miri dalam serbuan pada Rabu lepas. Foto: Polis Sarawak.

GRO ‘senior’ dan remaja 17 tahun ditahan kes dadah di Miri

MIRI, 14 Okt : Tiga individu termasuk seorang pelayan pelanggan (GRO) wanita ditahan di sebuah premis hiburan di bandar raya ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan pada pukul 6 petang Rabu lepas, pihaknya turut melakukan rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM23,800.

Katanya, wanita berkenaan yang berusia 50 tahun itu ditahan bersama dua lelaki warga asing yang masing-masing berusia 17 dan 20 tahun.

“Kesemua mereka merupakan pekerja di premis berkenaan.

“Turut dirampas ialah dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 861.36 gram,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan