Search
Close this search box.
Kesemua tujuh calon yang menghantar borang disahkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada hari penamaan calon di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Khairy Jamaluddin terlibat pertembungan tujuh penjuru di Sungai Buloh

ByLuqman Muhammad

PETALING JAYA, 5 Nov : Saingan sengit tercetus di kerusi Parlimen Sungai Buloh apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tujuh pencalonan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Pertembungan melibatkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar daripada Barisan Nasional (BN), R. Ramanan yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Mohd. Ghazali Md Hamin atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Turut mencuba nasib di Pejabat Tanah dan Daerah Petaling di sini ialah wakil Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd. Akmal Yusoff dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia).

Dua calon bebas pula ialah Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff serta Nurhaslinda Basri.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR kawasan, Mohd. Jusni Hashim selepas tempoh proses penamaan calon berakhir.

“Saya berpuas hati dengan kertas pencalonan bagi P107 Parlimen Sungai Buloh untuk bertanding pada PRU-15 ini,”katanya.

Pada PRU-14, PH menang kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan