Search
Close this search box.
Salah satu kumpulan Gendang Melayu Sarawak ketika membuat persembahan di Festival Gendang Sarawak 2022. Foto: TVS

Seni warisan dan tradisi perlu selari dengan tranformasi kemajuan – Abdul Karim

KUCHING, 6 November : Warisan seni dan tradisi harus dipelihara walaupun dunia bergerak ke arah transformasi seiring kemajuan teknologi baharu pada hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, biarpun arus globalisasi memerlukan anjakan paradigma yang pantas, seni warisan juga perlu bergerak seiringan.

“Mengambil contoh negara maju di dunia, seni dan tradisi mereka masih kukuh, ini kerana jika kita perhatikan di negara negara maju walaupun sejauh mana kemajuan yang diterima tetapi seni budaya dan tradisi masih kukuh terpahat di hati mereka menjadikan ia tidak luput ditelan zaman.

“Pada pandangan saya seni dan budaya itulah yang menjadikan sesebuah negara itu seimbang dari segi kemajuan zahir dan lahiriah.

“Masyarakat lebih menghargai nilai dan norma dengan adanya pengisian di hati mereka mengenai pentingnya menjaga seni warisan tradisi turun temurun kerana ia mengandungi falsafah kehidupan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Festival Gendang Sarawak 2022 yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sempena Regatta Sarawak 2022 yang berlangsung di Tebingan Kuching malam tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, Sarawak bertuah kerana tradisi bergendang masih lagi dilaksanakan di setiap bahagian negeri ini.

“Oleh itu penting pagi kita orang Sarawak mempertahankan dan memastikan kelangsungan tradisi bergendang hingga ke generasi akan datang kerana perkara sebegini merupakan sesuatu yang autentik dan wajar diangkat serta dikekalkan,” katanya.

Festival Gendang Sarawak 2022 merupakan penganjuran edisi kelapan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November lalu, sejak ia mula diperkenalkan pada 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan