Search
Close this search box.
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali. Foto: Bernama

Tanah runtuh: Pengusaha tapak perkhemahan, dua pekerja dipanggil bantu siasatan – Polis

ByBernama

BATANG KALI, 18 Dis: Polis telah memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam.

“Kemungkinan (pada masa akan datang) kita akan memanggil lagi pihak-pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis di lokasi kejadian di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Identiti enam korban insiden tanah runtuh Batang Kali dikenal pasti
  2. 2. Penguatkuasaan, pemantauan lebih agresif, elak insiden tanah runtuh berulang
  3. 3. Tanah runtuh di Batang Kali: Tiga warga Singapura ditemukan selamat – Wisma Putra
  4. 4. Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh
  5. 5. Tanah runtuh: Operasi SAR sembilan mangsa diteruskan

Sebelum ini Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tapak perkhemahan berkenaan diusahakan tanpa lesen kebenaran beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di sini.

Dalam pada itu, Suffian berkata 15 mayat mangsa tragedi iaitu dua lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan telah diserahkan kepada keluarga mereka semalam.

Katanya sembilan lagi mayat masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan tuntutan oleh waris.

“Kita memohon waris dan keluarga terlibat, rakan-rakan (yang) tahu tentang maklumat ini supaya pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk membuat pengecaman bagi memudahkan urusan pengembalian mayat kepada keluarga,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mempunyai pasukan khas di hospital bagi membantu menguruskan aspek dokumentasi dan urusan penyerahan mayat kepada keluarga mangsa terlibat.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini memasuki hari ketiga dan setakat semalam, sembilan masih hilang dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan