Search
Close this search box.
Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang kanvas sementara di tempat tanah runtuh. Foto: Bernama

Mangsa sekeluarga gemar aktiviti berkhemah

ByBernama

SUNGAI BULOH, 19 Dis: Sepasang suami isteri serta dua anak mereka yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Jumaat lalu, amat menggemari aktiviti perkhemahan.

Menurut adik mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai, Mary, 58, kakaknya sekeluarga memang kerap melakukan aktiviti itu apabila mempunyai masa lapang dan turut memaklumkan tentang percutian mereka ke tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.

“Kami tahu mereka pergi berkelah di situ (Father’s Organic Farm) bersama kawan. Kawannya yang pergi berkhemah itu turut membawa keluarga. Mereka memang suka pergi berkhemah.

“Sebaik mendapat tahu tentang kejadian menerusi berita dan media sosial kami sangat bimbang dan hanya mampu berdoa. Kami amat berharap mereka dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses pengecaman mayat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Mary berkata, mayat kakaknya bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sudahpun menjalani proses bedah sisat serta proses pengecaman oleh waris dan akan dituntut oleh keluarga.

Bagaimanapun, mayat anak perempuan mangsa yang berusia enam tahun masih belum ditemui. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan