Search
Close this search box.
Batu nisan sebuah kubur dipercayai dicabut dan dipecahkan oleh individu tidak bertanggungjawab di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di Sibu. Foto: IPD Sibu

11 batu nisan dicabut dan dirosakkan di tanah perkuburan Islam di Sibu

SIBU, 25 Dis: Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di Lorong Hose, Jalan Tun Abang Haji Openg di sini terkesan dipercayai angkara perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Insiden tersebut yang turut tular di media sosial mengejutkan masyarakat Islam di bandar ini terutama waris yang mendakwa batu nisan di kubur keluarga mereka telah dicabut dan dirosakkan selepas memeriksa sendiri keadaan di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 39 tahun di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 1.58 petang Sabtu.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati 11 kubur telah terkesan di mana batu nisan dicabut dan dipercayai dihempas sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, empat daripadanya turut mengalami kerosakan pada jubin lot kubur yang pecah juga dipercayai dihempas dengan batu nisan.

Katanya, tiada sebarang senjata atau peralatan mencurigakan dijumpai di tempat kejadian.

“Pihak polis memandang serius tentang perbuatan tersebut dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan serta menangkap suspek yang terlibat,” katanya.

Kes tersebut, katanya disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanah perkuburan.

Zulkipli turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Beliau memohon  sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Hakimi Abdul Azid di talian 011-31873715. РTVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan