Search
Close this search box.
Bekas angkasawan AS Walter Cunningham. Foto: Rueters

Angkasawan Apollo 7 Walter Cunningham meninggal dunia pada usia 90 tahun

ByBernama

WASHINGTON, 4 Jan: Bekas angkasawan AS Walter Cunningham yang pernah menyertai misi Apollo 7 pada 1968, meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut kenyataan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat.

“Menerusi Apollo 7…Walter dan rakannya melakar sejarah yang merintis laluan bagi Generasi Artemis yang kita lihat hari ini,” kata Pentadbir NASA Bill Nelson.

Cunningham meninggal dunia akibat komplikasi selepas terjatuh, kata keluarganya.

Upacara peringatan akan diadakan pada 24 Jan di Houston, lapor Xinhua.

Sebelum menjadi angkasawan NASA pada 1963, Cunningham merupakan juruterbang pejuang Kor Marin AS.

Beliau terpilih sebagai juruterbang untuk penerbangan 11 hari Apollo 7 yang dilancarkan pada 11 Okt 1968, ujian penerbangan manusia pertama bersama Walter Schirra dan Donn Eisel.

Dilahirkan pada 16 Mac 1932, Cunningham memperoleh ijazah sarjana muda seni dengan kepujian dalam fizik pada 1960 dan sarjana seni dengan cemerlang dalam fizik pada 1961 dari University of California di Los Angeles.

Beliau kemudiannya menamatkan ijazah kedoktoran dalam fizik dengan pengecualian tesis dalam Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada 1974.

Beliau menyertai Tentera Laut AS pada 1951 dan aktif berkhidmat dengan Kor Marin AS sebelum bersara sebagai kolonel.

Beliau mengumpul lebih 4,500 jam masa penerbangan dalam 40 pesawat berbeza, termasuk lebih 3,400 dalam pesawat jet.

Cunningham bersara daripada NASA pada 1971. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found