Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya menerima cenderamata daripada Ketua Perunding Projek, Program Dakwah dan Pengurusan, Prof Dato' Dr Zulkiple Abd Ghani sejurus menyempurnakan majlis perasmian Bengkel Latihan Penggerak Masyarakat di Matu. Foto: TVS.

Konsep gagasan Malaysia Madani wajar difahami, dihayati

MATU, 28 Jan: Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan wajar difahami dan dihayati oleh rakyat kerana elemen pentingnya sejajar dengan inisiatif pembangunan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya mengakui elemen penting konsep Malaysia Madani bukan sekadar melahirkan masyarakat yang bertamadun tetapi juga membentuk modal insan yang cemerlang dalam segenap sudut.

Menurutnya konsep berkenaan menjadi pemangkin kepada negara yang telah mengharungi pelbagai cabaran sejak mengecapi kemerdekaan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa gagasan Malaysia Madani yang merupakan satu gagasan yang amat baik untuk negara kita. Hal ini kerana Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran sejak puluhan tahun yang lalu”.

“Pada tahun ini, Malaysia mencapai 60 tahun, sudah pasti ia usia yang cukup matang untuk maju dan setara dengan negara maju yang lain,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Latihan Penggerak Masyarakat di Matu pada Jumaat.

Beliau berkata, negara Madani yang diimpikan ialah negara yang memiliki masyarakat yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan iberntegriti di samping menjauhi perkara yang bertentangan dengan peraturan undang-undang kerajaan mahupun tuntutan agama.

Ujarnya, ia sekali gus menitikberatkan pengurusan yang baik ke arah mencapai tujuan pembinaan peradaban bangsa yang lebih cemerlang.

“Apabila wujudnya perkara seperti ini, kita berharap generasi baharu pada hari ini akan menjadi generasi yang  kekal jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan bagi yang beragama Islam akan mengekalkan jati diri mereka sebagai masyarakat muslim yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat yang lain,” katanya lagi.

Terdahulu program yang disempurnakan beliau merupakan anjuran Fakulti Kepimpinan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Matu, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Matu (LAKIM) dan Masjid Daerah Matu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan