Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto: Bernama.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$114.4 bilion pada 15 Februari 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$114.4 bilion (US$1= RM4.44) pada 15 Februari 2023, dan paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM617.37 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM502.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.74 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM72.96 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.48 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM208.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.41 bilion), deposit lain (RM36.91 bilion), kertas Bank Negara (RM6.17 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.38 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan