KUCHING, 28 Feb: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bau susulan banjir setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata 17 mangsa dipindahkan ke dua PPS berkenaan.
Di PPS Dewan Tanjung Batu Tasik Biru, 13 orang dipindahkan sejak dibuka 6.40 pagi, manakala empat orang ditempatkan Balai Raya Kampung Opar dibuka pada 7 pagi. – TVS