Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dada ayam segar sejuk beku dari Thailand yang dirampas Maqis pada pemeriksaan di Pintu Masuk Pengkalan Kontena Butterworth Utara, Butterworth, Sabtu lalu. Foto: Maqis

Maqis sita 25 tan dada ayam sejuk beku tiada sijil halal

BUTTERWORTH, 4 April: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita 25 tan dada ayam segar sejuk beku bernilai RM240,000 menerusi pemeriksaan di Pintu Masuk Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib, rampasan barangan yang diimport dari Thailand itu dibuat selepas pihaknya mendapati ia tidak mematuhi syarat permit import.

“Pengimportan 25,000 kilogram produk itu tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas. Kesemua konsainan itu telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kegagalan mematuhi syarat permit import bagi pengimportan produk tersebut adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan