Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Dato Dr Mohammad Agus Yusoff di Kuching pada 29 Mac lepas. Turut kelihatan, Datuk Abdullah Saidol. Foto: TVS

Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-KOM Sarawak awal minggu depan – Abdullah

BySaibi Gi

KUCHING, 9 April: Pejabat Premier Sarawak akan memberi maklum balas pada awal minggu depan berhubung pelantikan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak kepada Pejabat Ketua Pengarah J-Kom di ibu negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata urusan selanjutnya akan diurus oleh Pejabat Ketua Pengarah J-Kom.

Baca artikel berkaitan:

  1. Tanya Sarawak dahulu sebelum lantik Pengarah J-KOM di sini – Abdul Karim
  2. Abang Johari cadang nama Pengarah J-KOM Sarawak – Fahmi Fadzil

Beliau diminta mengulas mengenai perkhabaran menyatakan pelantikan jawatan itu telah selesai seperti yang dipaparkan di media sosial sejak Jumaat.

“Semasa kunjungan hormat Ketua Pengarah J-KOM Dato Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, antara perkara yang dibincang ialah pelantikan Pengarah J-Kom Sarawak dan Dato Dr Mohammad Agus juga telah menyerahkan senarai pegawai-pegawai J-KOM yang bertugas di Sarawak.

“Dato Dr Mohammad Agus juga bersetuju untuk melantik Pengarah J-KO  setelah mendapat persetujuan dan disokong oleh Premier Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Abdullah berkata lagi, tataurusan pelantikan Pengarah J-KOM Sarawak adalah selari dengan persefahaman dan prinsip asas penubuhan Majlis Perundingan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Secara amnya, apa-apa sahaja keputusan dibuat di peringkat Persekutuan berkaitan secara langsung atau sebaliknya dengan kepentingan Sarawak termasuk dalam urusan pentadbiran atau perkhidmatan awam di Sarawak hendaklah dibincang dan diputuskan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, jelasnya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata menerusi kunjungan hormat pada 29 Mac, Abang Johari antara lain berpandangan bahawa aktiviti J-Kom di Sarawak hendaklah sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

“Tumpuan gerak kerja hendaklah ke arah membina bangsa Malaysia yang bersatu dan menghormati Rukun Negara serta memahami prinsip asas pembentukan sebuah Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963,” jelasnya.

Abang Johari juga meminta supaya setiap aktiviti J-KOM atau UKAS hendaklah memberi tumpuan ke arah mengukuhkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum, menolak budaya buruk-sangka dan membenci setiap anasir bersifat perkauman.

“Premier Sarawak menegaskan bahawa polemik politik yang remeh haruslah diketepikan kerana kedudukan kerajaan harus stabil dari segi politik dan pentadbiran.

“Ini adalah supaya agenda pemulihan ekonomi dan polisi-polisi yang menjaga kebajikan masyarakat dapat dirangka dan dilaksanakan dengan segera dan efisyen.

“Hanya melalui kerajaan yang stabil dan sistem pentadbiran yang efisyen serta berintegriti (baharulah) agenda pemulihan ekonomi dan polisi-polisi menjaga kebajikan masyarakat dapat dirangka dan dilaksanakan dengan segera,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan