Search
Close this search box.
Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara diasak pemain Pahang dalam perlawanan di Stadium Negeri Sarawak malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Apa kau lakukan wahai Kamara – Irfan Bakti

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 18 April: Ketua Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim secara terbuka menegur mutu permainan ditampilkan oleh penyerang importnya, Abu Kamara pada saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Irfan Bakti berkata, pemain berasal Liberia itu dilihat melakukan beberapa perkara yang tidak sepatutnya sepanjang perlawanan malam ini yang dilihat turut menyumbang kepada kekalahan 0-1 mereka kepada Sri Pahang FC.

“Kita tidak ada penjaring, Kamara (pula) overdoing, bola tidak sepatutnya dia tendang, dia pergi tendang.

“Yang sedihnya, Pahang hanya ada satu peluang yang dimiliki dan mereka berjaya jaringkan gol berbanding pasukan kita yang lebih banyak peluang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Negeri Sarawak, Petrajaya di sini malam ini.

Irfan Bakti Abu Salim menyuarakan kekecewaan terhadap prestasi dipamerkan Abu Kamara dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi. Foto Faitullah Morni (TVS)

Skuad pelawat yang dibimbing Fandi Ahmad berjaya membawa pulang tiga mata berharga menerusi jaringan Nor Azam Azih pada minit ke-57 perlawanan.

The Cat yang bangkit mengasak gagal menemui jaringan penyamaan apabila Tok Gajah berjaya mempertahankan kelebihan dimiliki sehingga wisel penamat dibunyikan.

Mengulas mengenai perlawanan malam ini, Irfan Bakti berkata, secara keseluruhannya barisan pemainnya menunjukkan peningkatan berbanding ketika dibelasah Pulau Pinang FC dengan jaringan 4 – 0 pada aksi Piala FA.

“Namun saya mengaku kita tidak ada pemain tengah yang kreatif walaupun mereka memberikan persembahan sebaik mungkin, terima kasih saya ucapkan,” katanya.

Mengenai strategi untuk perlawanan akan datang bagi memastikan Kuching City FC terus tidak terperosok di kelompok bawahan liga, Ifran Bakti berkata, pengurusan sedang ‘memantau’ situasi berkenaan.

“Pengurusan sedang memerhatikan gelagat pemain kita, saya tidak boleh huraikan, namun yang pasti perlu rombakan kerana tidak ada penyerang, pasukan harapkan Kamara tetapi dia tendang bola ikut suka hati,” katanya.

Selepas menamatkan sembilan aksi, Kuching City FC kini berada di tangga ke-12 liga dengan satu kemenangan, satu seri dan tujuh kekalahan.

Keputusan perlawanan lain menyaksikan Selangor FC membelasah Terengganu 5 – 1, KL City FC menewaskan Kedah Darul Aman FC 3-2 dan Pulau Pinang FC mengecewakan Kelantan United dengan keputusan 2  – 0. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan