Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata disampaikan Presiden Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2023 Tan Sri Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Toyad Abdullah selepas merasmikan Pesta Kaul Mukah 2023 hari ini. Foto: Akma Salleh

Waterfront Mukah akan dibina baharu

ByAkma Salleh

MUKAH, 29 April: Pembangunan prasarana serta infrastruktur di kawasan Mukah akan ditambah baik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk membina baharu tebingan sungai (Waterfront) di Mukah.

“Sekarang saya difahamkan pembinaan baharu tebingan ini masih di peringkat reka bentuk.

“Secara keseluruhan, pembinaan ini akan menelan belanja berjumlah RM60 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2023, di Tapak Kaul Kala Dana Mukah di sini, hari ini.

Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2023 di Pentas Utama Tapak Kaul Kala Dana Mukah hari ini. Foto: Fiqri Razak

Oleh sebab itu katanya, Kerajaan Sarawak menubuhkan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) iaitu agensi khas yang memfokuskan pembangunan di kawasan Rajang termasuk Mukah.

“Kita (kerajaan) telah meluluskan RM1.5 bilion untuk memajukan kawasan ini.

“Bermakna projek yang dicadangkan pihak pemimpin akar umbi dibawa kepada Kabinet dan kita akan laksana dan bangunkan,” jelasnya.

Tebingan Mukah akan dibina baharu

Pada Mac lepas, Pengerusi RADDA yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh memaklumkan sebanyak 65 projek pembangunan dikenal pasti dan akan memberi impak positif kepada rakyat di Lembah Rajang.

Menurut Len, projek pembangunan itu meliputi pembinaan jalan raya, infrastruktur lain, dan sebagainya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan