Search
Close this search box.
Tangkap layar daripada laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan IPU di tiga kawasan di Sarawak cecah lebih 80 

ByOdleen Catherny

KUCHING, 1 Ogos: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching, Sibu dan Mukah mencatatkan bacaan sederhana setakat jam 12 tengah hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar bacaan di Kuching mencatatkan 83 manakala Sibu (81) dan Mukah (85).

Sementara sembilan kawasan lain pula mencatatkan bacaan di bawah kadar 80 iaitu antara 61 hingga 79.

Bagaimanapun, kualiti udara masih berada di bawah tahap sederhana yang mana udara berada dalam kualiti yang memuaskan.

Bacaan nilai IPU dari 0-50 menandakan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 di tahap tidak sihat, 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas adalah di bawah tahap berbahaya.

APIMS menasihatkan semua pihak agar tidak melakukan pembakaran terbuka serta melaporkan sekiranya ada kes-kes sedemikian.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web http://apims.doe.gov.my/. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan