Search
Close this search box.
Iswandi Ali Hassan (kiri) menyerahkan kontrak jurulatih Kuching City FC kepada Aidil Sharin Sahak. Foto: TVS

Kuching City FC dapat sentuhan jurulatih baharu dari Singapura

ByTVS

KUCHING, 2 Ogos: Pasukan Kuching City FC kini menggunakan sentuhan jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak bagi menghadapi baki lapan perlawanan dalam Liga Super.

Aidil yang mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih, Irfan Bakti, ketika pasukan itu masih berdepan baki 10 lagi perlawanan.

Aidil Sharin Sahak (dua kiri) jurulatih baharu Kuching City FC. Foto: TVS

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswadi Ali Hassan berkata, Aidil ditawarkan kontrak sehingga penghujung musim ini dengan pilihan sambungan kontrak untuk musim hadapan.

Bagaimanapun keputusan itu katanya bergantung dengan prestasi yang ditunjukkan bagi baki lapan perlawanan itu.

“Kita di Kuching City FC cuma bagi KPI bagi Aidil buat yang terbaik untuk pasukan dan sebolehnya-bolehnya untuk kekal di Liga Super pada tahun hadapan.

“Ketika ini kontrak untuk lima bulan dahulu, dengan pilihan untuk lanjutan bagi musim depan bergantung dengan keputusan,” katanya pada sidang media bagi memperkenalkan jurulatih baharu Kuching City FC di sini, hari ini.

Kuching City Fc ketika ini berada di kedudukan ke-13 Liga Super dengan tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang Kelantan United.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak selamat bagi kelab dari Bumi Kenyalang itu kerana ia berada di zon penyingkiran untuk ke Liga M3. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan