Search
Close this search box.
Keadaan di lokasi kemalangan selepas sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala ke arah Puchong. Foto: Bernama

Dua maut, lori langgar beberapa kenderaan di Putrajaya

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Sept: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan pelanggaran sebuah lori dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 10.15 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebuah lori yang datang dari arah belakang telah mengubah laluan dari laluan tengah ke laluan kiri dan merempuh kenderaan di hadapan.

Beliau berkata, dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang manakala beberapa mangsa turut cedera.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya ketika dihubungi Bernama berkata, dua jentera bersama sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.24 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan