Search
Close this search box.
Rang Undang-undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 dianggap sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak. Foto hiasan: Envato

Kempen penanaman 100 juta pokok, lebih 73.2 juta pokok sudah ditanam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Lebih 73.2 juta pokok telah ditanam di seluruh negara setakat ini melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Norwati Muhammad berkata kempen tersebut merupakan program penghijauan yang bertujuan mengekalkan dan menambah litupan hijau di negara ini.

“Kempen selama lima tahun bermula pada 2021 itu, juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga litupan hijau dan hutan serta mendorong mereka terlibat aktif dalam memperbanyakkan pokok,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kempen tersebut juga untuk menyokong komitmen kerajaan dalam melindungi dan mengekalkan 50 peratus kawasan hutan di seluruh negara sekali gus memelihara keseimbangan ekosistem hutan di Malaysia.

Norwati berkata bagi menjayakan kempen itu, FRIM turut menganjurkan pelbagai kursus, seminar dan bicara bersama pakar berkenaan topik yang berkaitan dengan sains perhutanan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan hutan dan penjagaan alam sekitar.

Katanya antara tajuk sesi perkongsian dikongsi FRIM bersama semua pihak berkepentingan termasuk “Tiada bakau, tiada makanan laut?”; “Apa yang perlu dilakukan jika tanaman sakit?”: “Penanaman pokok: Dengan atau tanpa tanah”; dan “Amaran: Pemuliharaan tanaman”.

Menurut Norwati FRIM juga menawarkan pokok percuma kepada peserta yang menyertai sesi pengkongsian tersebut dan siri perkongsian itu turut dianjurkan di peringkat antarabangsa bersempena sambutan berkaitan perhutanan.

Sementara itu, beliau berkata sekolah, agensi dan badan korporat yang berhasrat mendapatkan anak pokok bagi tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sekali gus merealisasikan program penghijauan negara, boleh memohon kepada Ketua Pengarah FRIM bagi tujuan itu.

“Setakat ini, 2,700 pokok telah disumbangkan kepada individu, sekolah, syarikat dan pihak universiti serta badan korporat,” katanya.

Selain NRECC kempen ini turut didukung tiga jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, FRIM dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM).

“Tanggungjawab FRIM dalam kempen ini adalah menerajui Jawatankuasa Teknikal Penanaman 100 Juta Pokok yang terdiri daripada gabungan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Selain melaksanakan pelbagai kursus, seminar dan bicara perkongsian pakar, jawatankuasa teknikal itu juga bertanggungjawab mengendalikan verifikasi spesies pokok yang ditanam oleh individu yang telah berdaftar dengan aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia.

Beliau menjelaskan 200 penerbitan telah dikeluarkan dalam bentuk artikel, video dan infografik bagi meningkatkan dan menyebarkan kesedaran masyarakat tentang penghijauan yang dimuat naik di platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan X. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan