Search
Close this search box.
Seorang lelaki orang kurang (OKU) maut dalam kebakaran di Rumah Panjang Micheal, Sungai Sejugam Lasi di sini petang tadi. Foto hiasan Evanto.

Lelaki OKU maut kebakaran rumah panjang di Julau

JULAU, 28 Sept: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran di Rumah Panjang Micheal, Sungai Sejugam Lasi di sini petang tadi.

Kejadian pada pukul 4.20 petang di rumah panjang yang mempunyai 40 pintu itu turut menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin ketika dihubungi mengesahkan kematian  mangsa berdasarkan laporan diterima dari Pegawai Operasi di lokasi.

“Ketika ini, anggota kita masih di lokasi dan sedang terlibat dengan operasi memadam kebakaran,” katanya.

Beliau menambah, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kejadian itu pada4.26 petang tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan