Search
Close this search box.
Satu bongkah cendawan boleh menghasilkan sekitar lima ke tujuh kali pengeluaran. Foto: Que Mushroom

Agrofest 2023: Tanam cendawan tiram jana pulangan lumayan

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Sept: Pertanian masa kini tidak lagi tertakluk kepada konsep ruang tanah yang luas bahkan hasil evolusi tanaman cendawan tiram tanpa pancaran matahari juga berupaya menjana pulangan lumayan.

Pengusahanya, Mohammad Zakaria Jamsari mendedahkan hasil tanamannya itu kini membolehkan dirinya berjaya menjana pendapatan sekitar RM7,000 sebulan dengan hanya menanam cendawan dan seterusnya menginovasikannya kepada produk hiliran.

Jana pendapatan menerusi tanaman cendawan tiram.

Menurut Zakaria, selepas berjaya mengusahakan cendawan tiram segar itu, ia telah menjadi cetusan idea baharu untuknya mengembangkan tanaman cendawan kepada satu produk yang akan memberi pulangan berterusan.

“Penanaman cendawan sebenarnya saya boleh katakan senang, kerana dalam tempoh satu minggu kita boleh dapat hasilnya dan ia hanya memerlukan satu kawasan yang lembab.

“Contohnya satu bongkah cendawan kita boleh hasilkan sekitar lima ke tujuh kali pengeluaran. Jadi di platform seperti Sarawak Agrofest ini, saya lebih mengetengahkan produk hiliran daripada cendawan iaitu pekasam cendawan kelabu dan pekasam cendawan ‘black jelly’, kerana sebelum ini kita sering mendengar pekasam yang diperbuat daripada ikan, udang atau daging,” katanya kepada TVS di Sarawak Agrofest 2023 di sini, pada Jumaat.

Berkongsi lanjut berkaitan Agrofest 2023, Zakaria mendedahkan sepanjang lapan hari penganjuran Agrofest tersebut, dia berjaya meraih hasil jualan sekitar RM 10,000 menerusi produk ‘Crispy Mushroom’.

“Produk ini (Crispy Mushroom) memang paling laris sepanjang berlangsungnya Agrofest, malah setakat hari ini bekalan produk itu berjaya dihabiskan,” katanya.

Mengimbau kembali detik permulaan sebelum dia bergelar usahawan, Zakaria berkata dia telah menjinakkan diri dalam dunia keusahawanan pada tahun 2018 dan menanam sepuluh bongkah cendawan sahaja sebelum berjaya menanam beribu bongkah bagi tujuan komersial.

“Sebelum ini saya hanya mengkomersilkan produk segar sahaja menerusi pendigitalan. Namun setelah melihat permintaan cendawan sangat tinggi, saya mengambil keputusan untuk menjadi usahawan sepenuh masa.

“Ini juga kerana pengusaha cendawan tidak ramai,” jelasnya situasi itu menjadi lubuk buatnya giat mempromosikan produk hiliran cendawan sambil percaya produk itu mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan