Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati pada Majlis Perasmian Pembukaan Forum Perniagaan dan Keusahawanan 2023 bertemakan Advancing Asia 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak perluas ruang ekonomi di rantau Asia ketengahkan tenaga hijau – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 Okt: Sarawak berhasrat memperluaskan ruang ekonominya di rantau Asia terutama melibatkan tenaga hijau, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari mengakui Sarawak mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga hijau melalui pelbagai sumber alam semulajadinya dan potensi itu sedang giat diterokai oleh kerajaan negeri.

Sarawak bakal pelopori ekonomi tenaga hijau.

“Untuk meningkatkan pengeluaran bekalan kuasa, Sarawak mempunyai sumber dan ini adalah sebahagian daripada program kami ke arah 2030.

“Kedudukan kami terletak strategik di antara dua kawasan populasi terbesar dunia iaitu China dan India. Kedua-dua negara itu terletak di wilayah Timur dan Sarawak adalah di hujung Borneo, sebab itu kita (Sarawak) ceburi tenaga hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Forum Perniagaan dan Keusahawanan 2023 bertemakan Advancing Asia 2023 di sebuah hotel di sini.

Forum yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober ini menghimpunkan panel, pakar dan usahawan dari luar dan dalam negara bagi membincangkan mengenai masa depan ekonomi baharu dunia.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak telah memperuntukkan sumber tenaganya kepada Kalimantan, Indonesia dan Singapura serta bersedia menyalurkannya ke semenanjung Malaysia sekiranya mempunyai keupayaan fasiliti.

“Mereka (Singapura) tanya mengapa Sarawak bekalkan tenaga kepada Singapura dan bukan Semenanjung Malaysia? Saya kata boleh asalkan anda (semenanjung Malaysia) sanggup membina kabel dasar laut dan kami akan bekalkan.

“Kita sedia maklum 40 peratus tenaga di Semenanjung adalah berasaskan arang batu. Jadi dengan erti kata lain, anda boleh mempunyai tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan