Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Pemantapan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Peringkat Sarawak di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Malaysia minta Kesatuan Eropah benarkan tanaman pelbagai komoditi di tanah NCR – TPM Fadillah

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 28 Okt: Malaysia memohon agar Kesatuan Eropah (EU) untuk mempertimbangkan kebenaran kepada pekebun kecil untuk menanam pelbagai tanaman komoditi di Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terutama di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu merupakan antara fokus perbincangan dalam mesyuarat misi bersama Malaysia dan Indonesia terhadap bantahan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Malaysia minta EU benarkan tanaman pelbagai komoditi | TVS

“Untuk EUDR akan ada dua mesyuarat iaitu pertama di Jakarta dan yang kedua di Malaysia pada Disember nanti.

“Daripada situ kita akan tahu apakah keputusannya dan mereka perlu mempertimbangkan apa yang patut mereka lakukan menerusi pandangan yang kita sampaikan pada mesyuarat itu nanti.

“Kita harapkan suara pekebun kecil diambil kira, misal kata dalam konteks Sarawak, kita ada tanah NCR iaitu mereka (pekebun) tanam, tuai dan bertukar-tukar tanaman.

“Kita mahu mereka tidak tertakluk dengan EUDR, tetapi sebaliknya dibenarkan terus untuk menanam apa sahaja komoditi tidak kira sama ada kelapa sawit, getah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Pemantapan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, perkembangan mengenai usaha ke arah itu adalah positif, namun menegaskan keputusan muktamad akan diketahui apabila mesyuarat itu berakhir kelak.

Selain itu, Fadillah turut memberitahu bahawa Malaysia juga meminta EU untuk mengiktiraf MPSO kerana ia adalah kaedah pertanian yang baik dalam membantu penjagaan sekitar – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan