Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong. Foto: TVS

Parlimen: Laluan tikus kini jadi laluan lori, percepat ICQS Tapak Megah – Wilson Ugak

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tapak Megah, Kapit perlu disegerakan bagi tujuan menjaga keselamatan di sempadan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, ini kerana kawasan tersebut berhampiran dengan Long Nawang, Kalimantan, yang menyaksikan laluan pintu masuk itu diakses tanpa sebarang pemeriksaan.

“Penghujung jalan Tapak Megah ke Long Nawang mengambil jarak 20 kilometer sahaja, saya sendiri sudah pergi ke Long Nawang pada tahun 2017 untuk melihat sendiri keadaannya.

“Ada orang kata itu laluan tikus, malahan bagi saya itu juga bukan laluan untuk gajah kerana ia kini telah menjadi laluan kenderaan berat seperti lori,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya di Parlimen di sini, baru-baru ini.

Katanya, lagi ketiadaan ICQS di Tapak Megah telah membolehkan masyarakat di seberang itu menikmati subsidi seperti penjualan minyak masak, gula dan gas untuk memasak dibawa masuk ke kawasan mereka dengan mudah sekali.

“Kenapa saya mohon agar ia perlu dilakukan secepat mungkin? Kerana saya melihat sendiri dalam tempoh beberapa tahun ini segala subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia diambil oleh mereka (masyarakat di Long Nawang, Kalimantan).

“Ini disebabkan ketiadaan ICQS di Tapak Megah, tiada pengawasan pihak Kastam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga pihak polis,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Hulu Rajang itu berkata, desakan untuk mempercepatkan pelaksanaan ICQS itu juga didorong oleh kewujudan ibu kota baharu Indonesia di Nusantara yang hanya mengambil jarak 300 kilometer dari kawasan Tapak Megah di Kapit.

“Di sebelah sana (Nusantara), syarikat swasta mereka telah membina jalan untuk ke kawasan Long Nawang, dan sekiranya kita membina jalan serta ICQS ini ia akan memudahkan ‘Butter Trade’ atau pertukaran perdagangan dengan kawasan Long Nawang di Kalimatan Barat.

“Mereka akan guna jalan Kapit untuk menghantar barang mereka ke palabuhan Tanjong Manis dan Sibu,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan