Search
Close this search box.
Penyanyi era 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3.30 petang ini. Foto: ibnorriza_official (Instagram)

Penyanyi 80-an Ibnor Riza meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Penyanyi era 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3.30 petang tadi.

Berita pemergian pelantun lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu dimaklumkan rakan baik Allahyarham, Nizam Din menerusi satu hantaran di Facebook.

Nizam yang dihubungi BERNAMA menyifatkan Ibnor Riza, 62, merupakan seorang anak seni yang sentiasa merendah diri dan disenangi dalam kalangan artis lama dan baharu serta peminatnya.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham dari saya berumur 14 tahun hingga kini. Ibnor Riza yang saya kenal sangat kuat semangat walaupun diuji dengan pelbagai penyakit selain tidak lokek ilmu, malah suka berkongsi rezeki menyebabkan beliau disenangi ramai.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan salam takziah buat seluruh keluarga beliau,” katanya.

Pada 2 Disember lepas, media melaporkan penyanyi itu menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kepala berikutan kanser limfoma selepas mengadu sakit kepala dan beliau tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan