Search
Close this search box.
Mohd Roshdi Ramli (suami), bersama Allahyarhamah Siti Nor Hafiza Kamarudin. Foto laman X Fahmi Fadzil

Fahmi hubungi suami Siti Nor Hafiza untuk dapatkan perkembangan terkini urusan jenazah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan beliau telah berhubung dengan Mohd Roshdi Ramli, suami Allahyarhamah Siti Nor Hafiza Kamarudin, bagi mendapatkan perkembangan terkini urusan jenazah wartawan hiburan itu.

Fahmi berkata Mohd Roshdi memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian isterinya.

“Sementara menunggu, insya-Allah saya cuba membantu urusan (Mohd) Roshdi dan dua anaknya. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom juga sedang membantu urusan yang berkenaan.

“Kita sama-sama doakan supaya segala urusan ini dipermudah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Siti Nor Hafiza, 40, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross, London pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) semalam.

Beliau menerima rawatan di hospital itu selepas dilapor tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Dis lepas untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London serta berlepas ke sana bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan