Search
Close this search box.
DSP Benedict Faris Jimoy menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei, hari ini. Foto IPD Sarikei

Dadah, polis Sarikei tahan 529 individu tahun lalu

SARIKEI, 10 Jan: Polis Sarikei menahan 529 individu yang dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi tempoh Januari sehingga Disember tahun lalu berbanding 166 tangkapan dalam tempoh yang sama pada 2022.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superitendan Polis (DSP) Benedict Faris Jimoy berkata, tangkapan meliputi dadah jenis syabu sebanyak 110.87 gram, ketamin 7.55 gram, eramin lima biji (2.0 gram) dan ketum sebanyak 54 Liter. Manakala rampasan keseluruhannya berjumlah RM23,922.50.

“Polis juga berjaya menumpaskan satu sindiket berskala kecil tahun lalu melalui penangkapan seorang individu dipercayai ketua sindiket di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Dalam pada itu ujarnya, dua tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985 dan manakala lapan pertuduhan di bawah Seksyen 39C (1) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan jenayah indeks di daerah ini menunjukkan penurunan dengan 73 kes berbanding 76 kes tahun sebelumnya.

Namun katanya, jenayah kekerasan mencatat lapan kes pada 2023 berbanding enam kes tahun sebelumnya.

“Jenayah harta benda pula mencatat 65 kes tahun lalu berbanding 70 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2022. Bagaimanapun, jenayah komersial meningkat 18.18 peratus dengan 26 kes (2023) berbanding 21 kes (2022),” katanya.

Menyentuh kes berkaitan trafik pula, beliau berkata, jumlah kes kemalangan keseluruhannya meningkat sebanyak 97 kes (34 peratus) pada 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022.

“Kemalangan maut berkurangan sebanyak tiga kes (27 peratus), begitu juga kemalangan parah tiga kes (43 peratus), kemalangan ringan berkurangan lima kes (100 peratus) tetapi, kemalangan kerosakan meningkat sebanyak 108 kes (41 peratus).

“Jumlah kematian kurang tiga kes iaitu 27 peratus daripada tempoh yang sama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan