Search
Close this search box.
Rakaman Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli membaca berita yang ditayangkan menerusi slot khas Buletin Diraja saluran TV3, ketika tinjauan FotoBernama di sini pada Rabu. Foto Bernama

Baca berita: ‘Saya kaku, Permaisuri agak rileks’ – Agong

ByBernama

KUALA LIPIS, 18 Jan: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara peribadi menyifatkan penampilan istimewa baginda membaca berita buat kali pertama semalam, sebagai kaku.

Seri Paduka bertitah pengalaman mencemar duli membaca berita pada slot istimewa Buletin Diraja pada Buletin Utama di TV3 bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga lebih susah daripada menyampaikan titah ucapan.

“Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah practice banyak kali, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam bilik itu (studio berita) sejuk sekali. Kalau tak percaya, eloklah lawat bilik berita,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja semasa mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Lipis sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Malam tadi, buat julung kalinya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong membuat penampilan istimewa membaca berita selama hampir 15 minit selepas berkenan menerima undangan istimewa untuk berbuat demikian.

Pada kunjungan ke Lipis hari ini, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang penduduk tempatan yang pernah bermain bola bersamanya pada zaman muda Seri Paduka.

Lelaki itu menceritakan kisah mereka bermain bola, semasa Al-Sultan Abdullah berkenan menyantuni penduduk setempat berhampiran lokasi pendaratan helikopter yang dinaiki Seri Paduka untuk ke daerah ini.

“Saya begitu terharu bila sebahagian orang kampung di situ ingat saya pernah bermain bola di situ. Saya tidak berapa ingat, tetapi saya diingatkan oleh seorang orang kampung di situ yang mengaku pernah bentes (tackle) saya di petang itu.

“Saya tidak ingat tahun berapa tetapi saya muda lagi waktu itu. Saya terharu dengan ingatan orang di situ dan saya kata hendak kembali semula, bawa anak-anak saya bermain bola di situ,” titah Seri Paduka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan