Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola di Wisma Bapa Malaysia semalam. Foto: FB Dr Sim Kui Hian

Orang ramai dipelawa meriahkan Rumah Terbuka TBC di BCCK pada 10 Februari 2024 – Dr. Sim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 Jan: Kerajaan Sarawak mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu, 10 Februari depan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata rumah terbuka anjuran Kerajaan Sarawak itu akan bermula pada jam 9 pagi hingga 3 petang.

Menurut Dr. Sim, rumah terbuka itu akan diadakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan serta Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sarawak, Dewan Perniagaan Cina Sarawak (ACCCIS) dan Sarawak Chinese Martial Art Association

“Walaupun ini adalah kali pertama, saya yakin dengan pengalaman yang luas yang diketuai Timbalan Setiausaha Sekretariat Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dengan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Sarawak serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya yakin penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu akan memanfaatkan setiap rakyat Sarawak sebagai sebahagian daripada pembinaan Sarawak.

“Hanya di Sarawak sahaja, semua orang meraikan perayaan satu sama lain dengan bersama-sama dan semua orang dijemput,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Tahun ini, masyarakat Tiong Hua di Malaysia merayakan sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan