Search
Close this search box.
gambar hiasan Kredit: Envato

265 aduan kucing, anjing diseksa tahun lepas

BUKIT MERTAJAM, 31 Jan: Sejumlah 265 laporan berhubung kes penganiayaan terhadap haiwan membabitkan anjing dan kucing di Pulau Pinang pada 2023.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, lima kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 iaitu menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap mana-mana haiwan.

“Bantuk penganiayaan yang kita terima adalah haiwan tersebut dipelihara dalam sangkar atau kandang sempit yang tidak sepadan dengan saiz haiwan, ikat haiwan di tengah panas dan tidak memberi makan secukupnya.

“Selain itu ada juga kes mencederakan haiwan serta anjing dan kucing yang terbiar diberi racun,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.

Dr Saira menambah jika sabit kesalahan bagi kes penganiayaan dan kebajikan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 individu boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan