Search
Close this search box.
Foto hiasan Alex Teo (TVS).

Laksa Sarawak serikan FoodUnites, sajian semarak perpaduan – Aaron

ByRegina Lee

KUCHING, 3 Feb: Laksa Sarawak menjadi hidangan utama Program FoodUnites Ini Warisan Kita Edisi Sarawak kerana sajian tradisi itu memiliki keunikan tersendiri, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

Menurutnya program berkenaan telah menghimpunkan sebanyak 12 gerai Laksa Sarawak di Tebingan Kuching, bermula hari ini, 3 hingga esok (4 Feb) dari 8 pagi hingga 10 malam.

“Antaranya ialah King’s Laksa, Kafe Serambi, Big Prawn Noodle & Laksa, Sumiran Cafe, Dhie Laksa, The Table Ibu, Mom’s Laksa, Lala Laksa, Ain Little Kitchen, Mangkuk Bocor, Kak Nah Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sarawak.

“Saya berbesar hati ingin mengumumkan bahawa kesemua premis restoran ini diberikan pengiktirafan sebagai Citarasa Menu Kami kerana telah berjaya mengetengahkan premis makanan yang menghimpunkan detik-detik perpaduan melalui hidangan pilihan makanan rakyat Malaysia,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Foodunites Ini Warisan Kita Edisi Sarawak di Waterfront Kuching di sini, hari ini.

Selain itu, Aaron memberitahu program yang diperkenalkan sejak Oktober 2023 itu turut menyajikan enam makanan tradisi utama lain seperti nasi lemak, kuey teow goreng, ayam pansuh, nasi bryani, kek lapis dan latok.

 

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang (tengah) dalam sesi bergambar setelahh menyampaikan sijil penghargaan kepada strategik perpaduan yang menjayakan program
Foodunites kali ini. Foto: Regina Lee (TVS).

“Foodunites merupakan tapak integrasi baharu yang akan diketengahkan sebagai salah satu platform untuk mengukuhkan jalinan interaksi sosial dan etnik di Malaysia serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui makanan.

“Selain itu, program Foodunites akan dilaksanakan di 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan bagi menyemarakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendekatan warisan makanan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau mengakui makanan Malaysia pada ketika ini merupakan satu wadah komunikasi yang menjadi pemangkin kepada penyebaran budaya dan berupaya menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan