Search
Close this search box.
Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Sarawak di BCCK, esok

Yang di-Pertua Negeri dan Premier Sarawak dijadual hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sarawak

KUCHING, 9 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijadual menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), esok.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut dijadual ke majlis anjuran Kerajaan Sarawak yang julung kali diadakan itu.

Tun Dr Wan Junaidi serta isteri dijadual tiba pada 10 pagi, manakala Abang Johari serta isteri pada 9.55 pagi.

Majlis yang bermula 9 pagi dan berakhir pada 3 petang itu, akan turut diserikan dengan kehadiran menteri-menteri dan orang kenamaan.

Tetamu kehormat akan menggaul ‘Yee Sang’. Hadirin akan dipertontonkan dengan persembahan tarian naga dan singa.

Orang ramai diajak hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan