Search
Close this search box.
Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan Kuching dan Bau. Foto fail Bernama.

Empat PPS dibuka di Sarawak setakat ini – Fatimah

KUCHING, 17 Feb: Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan Kuching dan Bau setakat ini.

Antara PPS yang dibuka adalah di Dewan R Piang, Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Kampung Segong dan Dewan Serbaguna Taman Malihah.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, kesemua mangsa yang terjejas akibat banjir telah selamat dipindahkan ke PPS yang ditetapkan.

“Setiap PPS yang dibuka itu telah dilengkapi dengan keperluan asas mangsa termasuk makanan. Jadi mengikut rekod kita setakat kita telah buka empat PPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Sarawak di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Katanya, setiap agensi yang terlibat senantiasa bersedia di bawah naungan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Setiap agensi sudah mengambil maklum peranan masing-masing dalam menghadapi kejadian banjir di kawasan yang terjejas. Jadi bila-bila masa tiba maka ia menjadi penggera dan kemudian semua orang akan bergerak melakukan tanggungjawab masing-masing,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan