Search
Close this search box.
Seorang video wanita yang diheret oleh teman lelakinya tular di media sosial baru-baru ini berlaku di Kondominiium Dlatour Jalan Taylor, Bandar Sunway. Foto: Media sosial

Wanita diheret dalam kolam tidak mahu ambil tindakan terhadap teman lelakinya

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 18 Feb: Seorang wanita yang videonya tular di media sosial selepas bertengkar dengan teman lelakinya di Kondominium Dlatour Jalan Taylor, Bandar Sunway, baru-baru ini enggan meneruskan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, mangsa juga tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap kekasihnya.

“Mangsa berusia 19 tahun menyatakan tidak mahu meneruskan kes dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih bukan warganegara.

Video yang tular itu menyaksikan lelaki berkenaan bertengkar dengan wanita tersebut, sebelum menarik rambut lalu mengheret mangsa ke dalam kolam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan