Search
Close this search box.
Vanu Gopala Menon berkata isu kabel dasar laut perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan Sarawak mengeksport tenaga elektrik ke Singapura. Foto Awang Azmil (TVS)

Isu kabel dasar laut perlu diselesai sebelum Sarawak bekal tenaga elektrik ke Singapura

ByAmirah Shawel

KUCHING, 4 Mac: Isu kabel dasar laut dan beberapa perkara lain perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan Sarawak mengeksport tenaga elektrik ke Singapura.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata sudah ada konsortium dari negara republik itu menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam urusan dagangan tersebut.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat dan dengan itu, kita akan dapat melihat jualan tenaga elektrik dari Sarawak ke Singapura,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Kuching masih menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan

 

Sarawak telah menerima lampu hijau daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kabel elektrik dasar laut dari Tondong ke negara tersebut.

Pelaksanaan projek yang melalui kawasan Indonesia itu, akan membolehkan Sarawak mengeksport bekalan elektrik sehingga 1,000 megawatt (MW) elektrik.

Sementara itu, Vanu memaklumkan Menteri Luar Singapura akan membuat lawatan rasmi ke Sarawak pada Jun atau Julai ini bagi membina hubungan yang baik dengan Sarawak.

Beliau berkata lagi, lawatan itu juga adalah untuk melihat potensi pelaburan lain di Bumi Kenyalang.

“Kami sedang meneliti tarikh yang sesuai untuk mengadakan lawatan itu dan mungkin akan membawa bersama Persekutuan Perniagaan Singapura bagi melihat peluang yang ada di sini.

“Kami juga ingin melihat lebih banyak pelaburan dari Singapura masuk ke Sarawak dan tentunya kami akan memudahkan urusan itu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan