Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Program Rangkaian Kasih NS dan Bubur Lambuk sempena Ramadan Parlimen Santubong. Foto TVS

JKM perkasa aspek penguatkuasaan basmi aktiviti pengemis – Nancy

KUCHING, 16 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited dalam memperkasakan aspek penguatkuasaan menerusi bekerjasama dengan pelbagai agensi berwajib bagi membasmi gejala pengemis terutamanya dalam kalangan warga asing ketika musim Ramadan ini.

Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, usaha penting itu bagi mengenal pasti langkah terbaik untuk membersihkan imej negara daripada menjadi tumpuan kegiatan pengemis jalanan.

JKM perkasa aspek penguatkuasaan banteras kegiatan pengemis | TVS

Bagaimanapun katanya, pihak terlibat berdepan cabaran ekoran golongan pengemis ini sering bertukar-tukar lokasi terutamanya membabitkan pengemis warga asing yang didalangi oleh sindiket tertentu.

“Perkara ini bukan perkara baru hari ini berlaku malah ia penguatkuasaan ini sentiasa secara berterusan dan ia bukan hanya dilakukan kita di JKM sahaja melakukan penguatkuasaan tersebut.

“Kita dari semasa ke semasa sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Pihak berkuasa tempatan membanteras isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Rangkaian Kasih NS dan Bubur Lambuk sempena Ramadan Parlimen Santubong di Surau Darul Hidayah perumahan Darul Hana di sini hari ini.

Kebelakangan ini menurut Nancy kegiatan pengemis dikesan dilakukan di negeri yang berdekatan dengan sempadan yang antara lain akan memudahkan pergerakan pengemis khususnya pengemis warga asing untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

Keadaan ini diakui beliau menjadi cabaran kepada JKM dan sebarang tindakan berkaitan perlu dilakukan dengan berhati-hati dengan mengambil kira hubungan diplomatik negara dengan negara jiran.

Menurut Nancy lagi, sikap pemurah rakyat Malaysia khususnya ketika menyambut bulan Ramadan menjadi antara penyebab kebanjiran pengemis tersebut apabila ada pihak mengambil kesempatan ke atas sikap terbabit.

Justeru itu, beliau menasihat orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika bersedekah agar sikap pemurah mereka itu tidak diambil kesempatan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan