Search
Close this search box.
Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir telah melakukan guguran udara bantuan kemanusiaan kesembilan mereka di Semenanjung Gaza pada Sabtu. Foto AFP

UAE, Mesir lakukan guguran udara bantuan kemanusiaan ke-9 di Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 18 Mac: Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir telah melakukan guguran udara bantuan kemanusiaan kesembilan mereka di Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Operasi bersama itu dilakukan dengan dua pesawat membawa 33 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan, kata “Joint Operations Command” Kementerian Pertahanan UAE dalam hantarannya di halaman X.

Kementerian Pertahanan Mesir berkata Tentera Udara Mesir meningkatkan aktiviti penyampaian bantuan udaranya dari Lapangan Terbang Al-Arish yang diselaraskan dengan Tentera Udara UAE.

Guguran udara itu merupakan sebahagian daripada operasi “Birds of Goodness” bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

Sejak pelancaran inisiatif itu pada 29 Feb, kira-kira 405 tan bantuan kemanusian telah disampaikan ke Gaza, katanya.

Lebih daripada 31,500 warga Palestin di Gaza maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain 73,546 yang lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar dan kekurangan bekalan asas.

Serangan Israel mengakibatkan 85 peratus daripada populasi di Gaza kehilangan tempat tinggal selain daripada menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan sementara 60 peratus daripada infrastrukturnya rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Satu perintah sementara dikeluarkan pada Januari lepas kepada Tel Aviv supaya ia memastikan tenteranya tidak melakukan genosid dan menjamin bantuan kemanusian diberikan kepada orang awam di Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan