Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan NurJiwa Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali (tiga, kiri) bergambar bersama para penerima sumbangan yang terdiri daripada penggiat seni, anak yatim, pengamal media dan ibu tunggal pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Prihatin malam tadi. Foto Bernama

Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Simpati dengan nasib kanak-kanak Palestin serta tidak dapat membayangkan sekiranya dua cahaya matanya berada dalam situasi sama, mendorong penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk meneruskan sumbangan kepada rakyat di bumi bergolak itu.

Pengasas dan Pengerusi bersama Yayasan Nurjiwa yang juga ibu kepada dua anak Siti Aafiyah Khalid, 6, dan Muhamad Afwa Khalid, 3, berkata naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.

“Saya seorang ibu yang mempunyai anak. Jadi bila tengok budak kecil macam itu mengingatkan saya pada Afwa dan Aafiyah. Saya terbayang kalau mereka berada di tempat itu macam mana, memang automatik saya cepat menangis kalau benda melibatkan anak-anak,” katanya kepada pemberita di Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Prihatin di sini.

Siti Nurhaliza berkata penglibatan secara terus dalam menyampaikan sumbangan membuatkan beliau rasa lebih dekat dengan mereka yang kini berlindung di Rafah, selain turut bersedih apabila memikirkan nasib anak-anak Palestin terutama yang belajar di sekolah Afwa Al- Afiyah di Selatan Gaza.

“Mungkin bagi orang yang tidak terlibat mereka tidak begitu terasa, benda itu tidak masuk dalam kepala, tetapi tidak bagi saya. Setiap hari saya tanya orang di sana selamat ke tidak, takut kena bom dan sebagainya,” katanya.

Mengenai sumbangan yang disalurkan melalui Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur kerana kutipan diterima dapat membantu 10,000 mangsa perang yang kini berlindung di Rafah.

“Sebenarnya yang duduk di Rafah itu ramai sangat tetapi kita hanya mampu beri makanan kepada 10,000 orang. Saya nak cakap terima kasih kepada penderma-penderma iaitu rakyat Malaysia…selain makanan, ada yang bagi pakaian juga sebab mereka dalam musim sejuk,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan