Search
Close this search box.
Yunus Tambi mengagihkan bubur lambuk semasa Program Setulus Kasih Ramadan di Limbang pada Rabu. Foto TVS

Operasi ICQS Merapok dan Sindumin dilanjutkan sehingga 12 malam sempena Aidilfitri

LIMBANG, 4 April: Tempoh masa operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Merapok dan Sindumin akan dilanjutkan dari 6 pagi sehingga 12 malam sempena sambutan Aidilfitri ini.

Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi berkata kerajaan negeri Sarawak dan Sabah bersetuju untuk melanjutkan tempoh masa di ICQS Merapok Lawas dan Sindumin Sabah bermula 6 hingga 17 April banding sehingga 10 malam pada hari biasa.

“Terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan Sabah kerana telah memberi kelonggaran kepada kita untuk melanjutkan operasi di pintu sempadan ICQS Merapok Lawas dan Sindumin,” katanya ditemui semasa Program Setulus Kasih Ramadan di sini pada Rabu.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan dari Brunei bagi lanjutan tempoh masa operasi di ICQS di Sungai Tujoh Miri, ICQS Tedungan, ICQS Pandaruan Limbang dan ICQS Mengkalap Trusan.

Katanya lanjutan tempoh masa di ICQS itu hanya akan berkuatkuasa setelah dipersetujui kerajaan Sabah dan Brunei.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan